Thursday, December 30, 2010

Muhammad Bin Wasi seorang ahli zuhud.

       Kita mungkin tidah pernah mendengar tentang Muhammad bin wasi seorang ahli zuhud di zamannya,tatkala dia berada dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah ''lailahaillallah'' di bahagian timur negara islam saat itu.
       Maka pada suatu kesempatan,Qutaibah hendak menguji Muhammad bin Wasi ini dihadapan para panglima dan menteri,maka Qutaibah berkata pada para panglima dan menterinya,sementara di tangannya terdapat segenggam emas yang dia perolehi daripada hasil ghanimah perang daripada musuh-musuh islam.Lalu dia pun berkata kepada mereka,''adakah tuan-tuan percaya bahawa kalau saya menyerahkan segenggam emas ini kepada seseorang,lalu dia akan menolaknya?''.Mereka menjawab,''kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang menolak (zuhud) terhadap segenggam emas ini.''
        Maka dia berkata,''baiklah,saya akan memperlihatkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad s.a.w yang menyamakan emas dengan tanah kepada tuan-tuan.Maka diapun berkata kepada para perajuritnya,''panggillah Muhammad bin Wasi untuk menghadapku.''
        Lalu para perajurit itu menghampiri Muhammad bin Wasi untuk mereka hadapkan kepada Qutaibah bin Muslim ,maka seketika mereka melihatnya bertasbih dan beristighfar,serta memuji Allah s.w.t seraya memohon untuk kemenangan kaum muslimin.
        Tatkala dia menghadap,Qutaibah pun memberikan segenggam emas itu kepadanya,maka dia pun mengambil emas itu daripada Qutaibah.Maka terkejutlah Qutaibah kerana dia beranggapan bahawa Muhammad bin Wasi akan menolak pemberiannya.Seketika itu juga,wajah Qutaibah pun berubah di hadapan para panglima dan menterinya.Lalu Muhammad bin Wasi keluarlah daripada majlis tersebut dengan membawa emas tersebut,tetapi Qutaibah memerintahkan perajurit mengawasinya kemana dia akan membawa emas tersebut,lalu Qutaibah berkata,''Ya Allah,janganlah kamu sia-siakan hasratku kepadanya.''
        Muhammad bin Wasi terus membawa emas tersebut,sampai dia bertemu dengan seorang miskin yang meminta-minta,maka dia pun memberikan semua pemberian Qutaibah itu kepadanya.
        Setelah perajurit melihat peristiwa tersebut,dia pun pulang memberitahu perkara tersebut kepada Qutaibah,maka berkatalah Qutaibah kepada orang di sekelilingnya,''Bukankah aku sudah mengatakan kepada kalian bahawa masih ada hamba Allah daipada umat nabi Muhammad s.a.w yang menyamakan emas dengan tanah.''





      

No comments:

Post a Comment