Sunday, October 9, 2011

22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


Inilah Tanda-tanda Kiamat yang semakin hampir
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.



Saturday, April 9, 2011

Hadiah malam Jumaat

Pengalaman Salih Al Mazi
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Friday, April 1, 2011

Kasihnya Rasullullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: �Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum --peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli �ala Muhammad wa baarik alaaa wa salim �alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kepada sahabat-sahabat muslim sekalian,cintailah Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat

Sunday, March 20, 2011

Ziarah dalam Madinah



Masjid Nabawi
Masjid Nabawi adalah merupakan masjid yang kedua paling mulia bagi umat Islam selepas Masjidil Haram. Malah, di sini jugalah terletaknya Maqam Rasulullah SAW dan maqam kedua-dua sahabat rapat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar Al-Khatab r.a.
Mengikut catatan sejarah, Masjid Nabawi ini didirikan di tempat berhentinya unta yang di naiki baginda ke Kota Madinah ia itu di hadapan rumah Ayub Al-Ansari. Tapak pembinaan masjid tersebut adalah merupakan sebidang tanah yang dihadiahkan oleh dua putera Amru iaitu Sahal dan Sahil untuk didirikan masjid tersebut.Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW telah membelinya dengan harga sepuluh dinar wang emas yang dibayar oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Sebagai permulaannya, sebuah masjid sementara telah dibangunkan. Ianya didirikan daripada binaan batang dan daun-daun pokok kurma serta batu-bata. Masjid ini kemudiannya dibesarkan dari masa ke masa sehinggalah menjadi masjid yang indah seperti yang dapat kita saksikan sekarang.
Maqam Rasulullah 
Pada tahun-tahun awal Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah SAW seperti juga rumah baginda serta rumah Saidatina Fatimah adalah terletak di sebelah bangunan masjid tersebut. Tetapi kemudiannya apabila masjid tersebut mengalami pembesaran, maqam baginda dengan sendirinya masuk ke dalam kawasan masjid.
Kini Maqam Rasulullah SAW dan dua sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a terletak di bahagian hadapan Masjid Nabawi, di dalam kawasan berpagar. Di bumbung binaannya tergantung kubah berwarna hijau.

Apabila anda masuk melalui Pintu Babus Salam, Maqam Rasulullah SAW akan berada di sebelah kiri.Terletak selangkah ke kanan Maqam Rasulullah SAW ialah Maqam Saidina Abu Bakar r.a dan selangkah kehadapan lagi ialah Maqam Saidina Umar Al Khatab r.a.
Berilah salam kepada Baginda dan dua sahabatnya dengan membelakangkan Kiblat menghadap ke Maqam. Apabila berdoa hendaklah menghadap ke Kiblat.

Doa ketika menuju ke bukit Safa

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ   


“Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi’ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah …

Doa ketika Safa dan Marwah


  1. Bertakbir 3x
  2. الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر
  3. Membaca Do’a
  4. لاَإِلَهَ إِ لاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِى وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَديْرٌ، لاَإِلَهَ إِ لاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَضَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ
    “Tiada Ilah selain Allah dan tiada sekutu baginya, baginya segenap kerajaan dan segala pujian, Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, tiada Ilah selain Allah semata dan tidak ada sekutu baginya, Dia memenuhi janji-Nya, Dia membela Hamba-Nya dan Ia kalahkan sendiri musuh-musuh-Nya” [dibaca 3x]
  5. Dan disela-sela itu berdoa

Doa ketika Saei

                                                                                                                       إِنَّ رَبِّ اغْفِرْ وارْحَمْ ، إنَّكَ أنْتَ الأَعَزُّ الأكْرَمُ                                       


Ya rabb,ampunilah dan rahmatilah aku,sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Mulia.

Bacaan ketika ziarah kubur Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat.

               
   السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَبَابَكْرٍ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا عُمَر
 Kesejahteraan, rahmat dan berkat Allah kepada-mu wahai Rasulullah, kesejahteraan       bagimu wahai Abu Bakr, kesejahteraan bagimu wahai Umar”

Tuesday, March 15, 2011

Keyakinan dan Prasangka Buruk.

Seorang murid mendambakan syeikh yang akan menyampaikannya kepada Allah. Meski sudah berusaha keras, ia tak berhasil menemukan syeikh yang diidamkan. Suatu hari ada yang berkata kepadanya bahawa ia tidak akan menemukan seorang syeikh yang dapat menyampaikannya kepada Allah kecuali Fulan bin Fulan yang tinggal disuatu kota. Ia pun segera berangkat ke kota itu. Setelah sampai di sana, ia menanyakan tentang orang yang dimaksud. Penghuni kota menunjukkan kepadanya seorang lelaki yang berperangai buruk dan suka bermaksiat. Ia mendatangi rumah orang itu dan mengetuk pintunya.

“Siapa?” tanya pemilik rumah.

“Fulan,” jawabnya.

Pemilik rumah sedang menunggu orang yang kebetulan namanya sama dengan nama si murid. Ia telah berjanji kepadanya untuk bersenang-senang dengan wanita dan minum minuman memabukkan. Ia lalu membukakan pintu kerana mengira bahawa tamu itu adalah temannya.

Si murid masuk ke dalam rumah. Ketika menatap wajah pemilik rumah, ia lalu duduk bersimpuh dan menangis. Pertemuan dengan sang calon syeikh ini begitu mengharukannya sehingga ia tidak melihat wanita-wanita dan minuman keras yang ada di situ.”Apa yang terjadi denganmu?” tanya pemilik rumah kehairanan. “Aku ingin agar kamu menyampaikan aku kepada Allah. Aku telah berusaha mencari guru, tetapi tidak menemukan selain kamu,” kata si murid dengan suara sendu. Kerana ingin segera terbebas dari orang yang tampak aneh ini, lelaki itu berkata sekenanya, “Pergilah ke tempat A, di bawah gunung B. Di sana akan kamu temukan air. Berwudhulah dengan air itu kemudian beribadahlah di situ sampai Allah memberimu fath.”

Si murid segera keluar melaksanakan perintah syeikhnya. Ia beribadah dengan sungguh-sungguh sampai akhirnya Allah memberinya fath. Setelah menerima fath dari Allah, ia akhirnya tahu bahawa orang yang selama ini dianggap sebagai syeikhnya ternyata adalah manusia yang berperangai buruk dan suka bermaksiat kepada Allah.

Si murid kemudian mulai dikenal orang. Kesolehannya menjadi buah bibir masyarakat. Manusia mulai berdatangan, ada yang ingin menuntut ilmu, ada juga yang sekadar ingin memperoleh keberkahan. Bertambah hari muridnya bertambah banyak. Suatu hari ia jatuh sakit. Ketika penyakitnya menjadi semakin parah, para muridnya bertanya, “Guru, siapa yang akan kamu angkat untuk menggantikan kedudukanmu jika kamu wafat.”

“Fulan bin Fulan yang suka bermaksiat. Kerana itu, bertawajuhlah kalian kepada Allah, berdoalah, agar sebelum aku meninggal dunia, Allah telah mengubah keadaannya menjadi yang terbaik, dan memberinya petunjuk, kerana sesungguhnya aku tidak akan mencapai kedudukan ini kalau bukan kerana dia. Bertawajuhlah kepada Allah!”

Allah mengabulkan doa mereka. Lelaki itu bertaubat dan menjadi murid dari mantan muridnya. Ia berusaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah di bawah bimbingan gurunya. Sepeninggal sang guru, ia dipercaya untuk menggantikan kedudukannya. Barangsiapa bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Kerana lelaki tadi mendekatkan diri kepada Allah dengan sidq (kesungguhan), ia mencapai kedudukan yang tinggi. Barang siapa menghadap Allah dengan sidq, ia akan mencapai apa yang telah dicapai oleh orang-orang yang sempurna.

Orang pertama yang akan dihukum di akhirat

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: “Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?. Orang itu menjawab: “Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.” Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian.” Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: “Kenapa kamu terbunuh?.” Jawab orang itu: “Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.” Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian.”

Kemudian datang orang ketika pula: “Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?.” Jawab orang itu: “Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.” Lantas Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian.” Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka.”

Monday, March 7, 2011

Jika Kita Mencintai seseorang

jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami..
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

Saturday, February 26, 2011

i believe

I Believe 
Birth certificate shows that we were born.
A death certificate shows that we died,
Picture show that we lived!
Have a seat....relax...and read slowly.
I Believe...
That just because two people argue,
It doesn't mean they don't love each other...
And just because they don't argue,
It doesn't mean two people do love each other.
I Believe...
That we don't have to change friends if
We understand that friends change.
I Believe....
That no matter how good a friend is,
They're going to hurt you,
Every once in a while
And you must forgive 
Them for that.

Friday, February 11, 2011

Nikmat yang ditanyai di Hari Kiamat.

  At-Tarmizi dan lainnya meriwayatkan bahawa ketika turun ayat ''Al-Hakamut Takasur",lalu baginda membaca sampai "Anin Na'im".Para sahabat bertanya,''Ya Rasullullah,nikmat apakah yang bakal ditanya pada kita?Yang kita dapat hanya air dengan pedang selalu di leher dan musuh selalu menentang.Nikmat yang mana mesti di tanya pada kita?Rasullullah menjawab,''Kenikmatan yang pertama sekali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adlah akan dikatakan,"Bukankah aku telah menyihatkan badanmu dan menyegarkanmu dengan air dingin?''
   Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra,dia berkata,''Nabi SAW keluar rumah ,tiba-tiba berjumpa dengan Abu Bakar dan Umar.Baginda lalu bertanya,''Apakah yang menyebabkan kalian keluar rumah saat ini?''Mereka menjawab,''Lapar Ya Rasulullah.''Nabi lalu berkata,''demi zat yang aku dalam kekuasaanNya.Sungguh yang mengeluarkan aku adalah apa yang mengeluarkanmu juga.Maka berdirilah kalian.''Lalu mereka berdiri bersama Rasulullah SAW.Baginda mendatangi seorang lelaki Ansar,ternyata dia tidak ada di rumahnya.Ketika isterinya melihat Nabi SAW,ia berkata,''Selamat datang .''lalu Nabi SAW berkata,''mana si fulan?''Permpuan itu menjawab,''Ia pergi mengambil air untuk kami.''Ketika suaminya datang dan memandang kepada Rasulullah SAW dan kedua sahabatnya,dia berkata,''Alhamdulillah,rupanya hari ini tamu-tamu mulia untukku.''Lalu dia menghidangkan buah kurma sambil berkata,''silakan ambil dan makanlah ini,''Rasulullah  SAW berkata kepadanya,''janganlah suka memerah susu!''kemudian dia menyembelih kambing untuk mereka serta mereka pun makan dan minum.Setelah mereka kenyang dan segar,Rasulullah SAW berkata kepada Abu bakar dan Umar,''Demi zat yang aku dalam kekuasaanNya,sesungguhnya kalian akan ditanyai tentang kenikmatan ini kelak di hari kiamat.''

Wednesday, February 9, 2011

Bab 10 Jangan Bersedih:Ujian Mengangkat martabat

10. UJian Mengangkat Martabat.                                                                                                           Akhirnya kita sedar dan insaf bahawa memang rasa sedih atau dukacita itu fitrah manusia.Namun yang salah ialah apabila kita bersedih dengan yang tidak perlu kita sedihkan.Sedih kerana tidak mendapat sesuatu,sedih kerana kehilangan sesuatu,sedih kerana tidak dapat mengejar dunia,sedih kerana tidak dapat berhibur.Perkara tersebut tidak perlu kita sedihkan,namun kita sepatutnya sedih apabila kita kehilangan iman,kehilangan petunjuk atau hidayah Allah.Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita lalui dalam bentuk musibah,adalah ujian.Dan ujian itu untuk mengangkat martabat kita.
  Kita lihat bagaimana anak kita melalui ujian dalam peperiksaan .Anak kita hanya akan dapat dinilai kemampuannya,kebolehannya setelah melalui ujian.Setelah menduduki pepriksaan UPSR maka dia layak untuk naik ke tingkatan 1.Setelah diuji dengan PMR dia layak untuk naik ke tingkatan 4,diuji lagi dengan SPM maka dia layak untuik masuk universiti.
  Maka,kita juga akan diuji oleh Allah SWT.Kita diuji dengan kehilangan harta,kehilangan anak-anak,kehilangan isteri,kehilangan suami,ayah,ibu.Kita diuji dengan kesakitan,dengan musibah dan bencana dan apa jua pun.Settiap ujian itu,yakinlah,Allah ingin melihat kualiti kita yang sebenarnya.Pastikan kita lulus ujian Allah.Tidak pernah mengeluh di hati,tidak menyalahkan takdir,tidak mengutuk takdir Allah SWT,malah kita sentiasa menghampirkan diri kepadaNya,Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.Marilah dengan khusyuk dan tunduk hati kepada Allah SWT,kita sedar dan insaf bahawa kesedihan ada batasnya,kedukaan ada garis panduannya.BErsedihlah saudaraku sekalian jika kita tidak dapat mempertahankan iman ini.Bersedihlah saudaraku sekalian jika kita tidak dapat mempertahankan hidayah dan petunjuk oleh Alah SWT.
11. Munajat Kepada Allah.
 Marilah,angkatlah tanganmu kepada Allah,Hulurkan tanganmu kepada Allah.Bersama kita bermunajat kepadaNya.

رَبَّنَالاَ تُزِغْقُلُوبَنَابَعْدَ إِذْهَدَيْتَنَاوَهَبْلَنَا مِنلَّدُنكَ رَحْمَةًإِنَّكَأَنتَالْوَهَّابُ    
"Ya Allah,jangan kau pesongkan hati kami setelah kau berikan petujuk.Berilah kami rahmatMu Ya Allah,Kasih sayangMu ya Allah. (Ali Imran 3:8)

  Ya Allah Ya tuhan kami,kami sedar dan insaf,sebagai manusia yang lemah,kami sering gagal dengan ujian keimanan.Kami sering menyalahkan takdir ya Allah,malah kami menuduh bahawa kau tidak berlakuk adil kepada kami Ya Allah akibat musibah yang melanda kami Ya Allah.Kami sedar Ya Allah,betapa kerdilnya hati ini,betapa kecilnya jiwa ini,sehingga dengan ujian sekecil ini pun kami telah merasakan bahawa kau telah biarkan kami sendirian.
  Ya Allah,kami sedar dan insaf bahawa kau tidak pernah membiarkan kami hidup bersendirian,kerana kami sedar ya Allah,tanpaMu kami tidak akan wujud di dunia ini.TanpaMu kami tidak akan memperolahi segala apa yang kami miliki hari ini ya Allah.Masukkanlah rasa bersyukur di hati kami,masukkanlah rasa iman dan taqwa di hati kami ya Allah.
  Ya Allah ya tuhan kami,tabahkan hati kami menghadapi ujian.Masukkanlah keyakinan di hati ini bahawa setiap ujian yang kau berikan itu ya Allah,adalahuntuk mengangkat martabat kami.Tidak sekali-kali untuk menghina kami ya Allah.Ya Allah ya tuhan kami,jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sabar.Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur.Jadikanlah kami hambaMu yang redha kepadaMu ya Allah.agar kami termasuk dalam golongan orang-orang yang redha dan Kau redhai.

89:27


  89:28

89:29

89:30
              Masukkanlah kami dalam golongan hambaMu Ya Allah,yang kau sebut dalam Al-Quran:"Wahai jiwayang tenang,kembalilah kepada tuhanMu  dalam keadaan redha dan di redhai.Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu ya Al Allah.
(Al-Fajr 89:27-30)        


  Ya Allah ya tuhan kami,sempurnakan keluarga kami,anak isteri kami,sempurnakanlah islam kami,sempurnakan akhlak kami,janganlah kau jadikan anak isteri kami musibah untuk kami Ya Allah.Kalau pun kau ingin uji kami dengan mereka,ujilah sesuatu yang dapat kami tanggung ya Allah.




                           رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ
"jangan kau bebankan kami dengan sesuatu yang kami tidak tertanggungnya ya Allah."(Al-Baqarah:286)


 "Ya Allah Ya tuhan kami,luaskanlah rezeki kami,lapangkanlah dada kami,mudahkanlah urusan kami,sembuhkanlah penyakit kami.Ya Allah,mudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat.Ya Allah,kami berlindung kepadaMu daripada keresahan dan kesedihan.Kami berlindung kapadaMu ya Allah daripada sifat lemah dan malas.Kami berlindung kepadaMu ya Allah daripada sifat penakut dan kedekut.Kami berlindung kepadaMu Ya Allah dari beban hutang dan juga tekanan perasaan."
 Ya Allah ya tuhan kami,akhirnya kami pohon kepadaMu,jangan kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami Ya Allah.Ampunkan dosa kami ya Allah,ampunkan dosa kami ya Allah,ampunklan dosa kami ya Allah.Ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya Allah,Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami.Itulah ibu yang mengandung,melahirkan kami dengan penuh penderitaan.Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup,apatah lagi yang telah pergi.
  Ampunkan dosa kami sebagai anak,Ya Allah.Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka,pernah mengguris perasaan mereka,kami pernah menghina mereka,kami pernah mengkhianati mereka,pernah mengecewakan mereka.Ya Allah,jangan kau jadika dosa itu sebagai belenggu di hati kami,penyebab kedukaan kami ya Allah.Lapangkanlah hati ini dengan kau ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah.
  Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami ya Allah.Ampunkan dosa seluruh keluarga kami,abang,kakak,adik,makcik,pakcik kami.Ampukan sahabat-sahabat kami,jiran tetanga kami.Ampunkan seluruh muslimi dan muslimat,Ya Allah.
  Angkatlah kedukaan ummat ini Ya Allah.Angkatlah kesedihan ummat ini Ya Allah.Jadikanlah kesedihan ini suatu kebahagian.Menangkanlah umat Muhammad SAW,hentikanlah segala musibah,hentikanlah segala bencana yang menimpa umat Muhammad SAW ini.Menangkanlah umat ini Ya Allah,atas musuh-musuh kami.Hancurkan musyrikin kuffar,hancurkan siapa saja Ya Allah yang ingin menghancurkan agamaMu
   Ya Allah,menangkanlah kami di dunia,menangkan kami di akhirat dengan syurgaMu Ya Allah.Muliakan kami di dunia,muliakan kami di akhirat YA ALLAH.Insyaallah.


petikan dari:(La Tahzan) Zikir Munajat & tazkirah
dari Ust Badrol Amin Bahron. 





Friday, February 4, 2011

Jangan Bersedih

1. Sifat semulajadi manusia
    Dalam kita meniti kehidupan seharian,ada kalanya kita bersedih.Sedih adalah sifat manusia.Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT.Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih.Sedih,suka,duka,bahagia,derita merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.Bukankah Allah mencipta sesuatu itu berpasang-pasanga?Sedih lawannya gembira,derita pasangannya bahagia.Maka adakalanya kita merasa sedih,dan itu adalah sifat semulajadi manusia.Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan.Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang mengikat kita,sehingga kita mnejadi hamba kepada perasaan,hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.Sedih tidak boleh membawa diri kita kepada kehancuran.Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?
2. Nabi SAW mengajarkan doa
    Suatu ketika,seorang sahabat sedang bersedih,lantas Rasullullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya:''Wahai sahabat,mengapa kamu bersedih?''.Lantas sahabat menjawab:''Ya Rasullullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.''
''Apa dia?''kata rasullullah.
''Hutang yang membelengu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.''
Lantas Baginda SAW bertanya:''Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kamu amalkan nescaya segala kesedihan,kedukaan akan diangkat oleh Allah SWT akan dipulihkan dan akan digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan?''
''Balaa ya Rasullullah,sebutlah,apakah doa,apakah amalan itu ya Rasullullah?''
lantas baginda mengajarkan sepotong doa,''Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan petang,InsyaAllah,sebanyak mana pun hutangmu,akan dilunaskan oleh Allah SWT,setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh Allah SWT.''

 اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
''ya Allah,aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepadaMu ya Allah,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah,daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)
3. Lapan penyakit jiwa manusia
    Ada 8 penyakit yang disebut oleh Rasullullah SAW dalam hadith tersebut.Pertama al-ham,humum,keresahan,gelisah.Yang kedua al-hazan,dukacita,sedih.Perbezaan di antara Al-ham dan al-hazan manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku.Menanti sesuatu,dia resah,menunggu sesuatu dia resah.Adapun dukacita ialah ke atas sesuatu yang telah berlaku.Telah keluar keputusan,dan dia gagal,maka dia bersedih dan berdukacita.Yang ketiga al-ajz (lemah),yang keempat al-kasl (malas).Sifat lemah,malas membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif.Mungkin kerana sakit,atau tenaga kurang dan sebagainya.Yang kelima al-jubn (sifat takut),takut dalam menyatakan kebenaran dan hak.inilah penyakit jiwa yang melanda manusia.Yang keenam al-bukhl (sifat kedekut),manusia menjadi terikat dengan hartanya,enggan bersedekah,dan memberi.Yang ketujuh gahalabatid-dain (beban hutang).Hutang yang banyak melingkari tubuhnya,dia tidak boleh bergerak kerana hutangnya,mungkin sahaja hutang yang perlu seperti makan,minim,rumah dan sebagainya dan mungkin juga hutang yang tidak perlu yang sekadar bermewah-mewah.Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hemba perasaan,memebawa kepada kedukaan,kegelisahan,kesedihan dan sebagainya.
4. Sedih dalam mencari
    Ada beberapa faktor yang menjadikan manusia resah gelisah,selain daripada lapan penyakit yang disebut oleh Rasullullahdalam hadis tersebut.Di antaranya ialah manusia bersedih dan resah gelisah dalam mencari sesuatu.Ingatkah dengan peristiwa Hajar mencari air untuk anaknya Ismail a.s yang sedang menangis kelaparan,dan Hajar berlari ke Marwah,belari ke Safa,ke Marwah,ke Safa,ke Marwah untuk mencari air.Maka,dalam hidup ini apa yang kita cari?Jawapannya berbagai,ada yang mencari harta,mencari teman sejati,mencari keseronokan,mencari hiburan,ada yang mencari benda-benda pelik.Apapun yang kita cari,kadangkala ia membawa kegelisahan dan kereshan di hati,apakah akan bertemu ataupun tidak?
   Kalau saya bertanya kepada orang,apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari tuhan?adakah pencarian yang lebih bermakna,lebih hebat,dari mencari tuhan?Ada manusia resah kerana tidak mengenal tuhannya,seperti Nabi Ibrahim as yang tercari-cari siapa tuhannya.Lantas apabila melihat bintang,baginda berkata,''Ah,ini tuhanku.''Namun apabila bintang lenyap di waktu siang,dia berkata,''oh,itu bukan tuhan.''Datang pula matahari.Dia berkata,''Ini tuhan,ini lagi besar.''Bila malam matahari hilang,datang pula bulan,dia pun berkata,''inilah tuhan.''
   Akhirnya Nabi Ibrahim sedar bahawa yang dicarinya bukan makhluk,bukan benda,bukan juga bintang,buka bulan atau matahari,tetapi yang dicarinya adalah Khaliq,Allah pencipta seluruh alam ini.
   Kita jugamencari tuhan,ada yang mencari tuhan dengan seni.mka dia bersyair,ada yang mencari tuhan dengan melakukan apa sahaja.Ada orang sanggup mendaki gunung,meredah lautan,menyelam kedasar laut semata-mata mencari tuhan.Tidak ada nikmat selain bertemu Khaliq,dan Alhamdulillah,dengan nikmat yang dibawa oleh islam,iman yang dibawa oleh baginda Rasullullah SAW,kita mengenal tuhan kita.
5. Takut tidak dapat
Keyakinan kita kepada Allah,pencipta,tuhan yang telah memberikan segala sesuatu kepada kita.Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang.Sebab itu mereka sentiasa ingat Allah,menyebut nama Allah,akan lahirlah ketenangan di hati mereka.Hilang segala keresahan dan kedukaan.

                   ''Orang yang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah.Tidakkah                                     dengan menyebut nama Allah hati akan menjadi tenang''(ar-ra'du 13:28)

 Selain daripada itu,rasa gelisah datang menimpa manusia,melanda hati,kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT.Ada orang resah gelisah kerana takut tidak dapat duit,dia berkerja siang malam mencari harta dan wang.Dia tidak yakin kepada Allah.Dia lupa bahawa Allah yang mengurniakan rezeki,Allah yang menentukan rezeki untuk seseorang.Bukankah Nabi SAW ajar untuk husnuddzon kepada kepada Allah!bersangka baik kepada Allah,bahawa Allah memberi aku rezeki yang banyak.Hanya tugasku pergi cari rezeki tersebut.
  Yakinlah,keyakinan itu akan menghilangkan keresahan,kegelisahan,kesedihan dan kedukaan di hati.
6. Takut Hilang
Setelah manusia dapat sesuatu,dia memiliki sesuatu,maka timbul pula suatu macam kesedihan,keresahan.Apa dia?Takut hilang sesuatu,maka ada orang bersedih kerana hilang harta,hilang anak,hilang suami,hilang isteri,dia menjadi dukacita.Terkadang dia hilang punca,mengapa harus demikian?
La Tahzan! Jangan bersedih.Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman sementara  yang tidak kekal.
55:26
55:27"Tiap sesuati di muka bumi ini akan binasa.Yang kekal hanya wajah Tuhanmu Yang Maha Suci,Maha Mulia''

Allah beri,Allah tarik kembali,Allah beri kita harta,Allah tarik kembali.Bukankah itu adat meminjam?Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT.dan jikapun kita katakan bahawa kita berpegang amanah Allah,maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada yang empunya.Mata ini bukan milik kita,suatu masa ia akan kabur,dan ia akan hilang begitu sahaja.telinga,mulut yang boleh berkata-kata,tangan yang boleh bergerak,kaki yang boleh melangkah,semua hanyalah pinjaman sementara.Berapa lama?Hanya Allah yang Maha Mengetahui.Maka jika kita meyakini,apabila kita kehilangan sesuatu apakah kita akan bersedih?Tidak,kita tidak akan bersedih.Ada orang kehilangan anak,maka dia bersedih,mengapa mesti bersedih?Sekiranya dia yakin anak itu milik Allah,dan sudah tiba masanya untuk dikembalikan semula anak itu kepadaNya.Ada orang kehilangan harta benda,beribu-ribu nilainya,hatta berapa pun,kalau kita yakin bahawa itu milik Allah dan sudah tiba masanya untuk ia kembali kepada Allah,mengapa harus kita berdukacita?
 2:156 
                      Sifat orang yang beriman,sifat orang yang takut kepaa Allah,sifat orang yang tunduk
                      kepada Allah,ialah mereka yang bila ditimpa bencana(apa pun bentuk musibah atau
                      bencana itu),mereka berkata:"Kita datang dari Allah,kita akan kembali kepada Allah."
                      (Al-Baqarah:156)
7. Sedih Kerana Masalah
Allah benar janjinya.Allah telah menentukan sesuatu,yang hilang tidak bermakna binasa dan kita hilang segalanya.kalau kita bandingkan sebanyak mana yang Allah ambil di ukur dengan sebanyak mana yang telah Allah beri pada kita.Mata,Telinga,mulut,tangan,kaki dan sebagainya.Harta yang melimpah ruah.pandang di sekitarmu,apa yang kurang?Tidak ada apa yang kurang,rumah,kereta,isteri,anak-anak,segalanya cukup.Dan apabila musibah menimpa,Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurniaNya,mengapa harus berdukacita?
Berlapang dada kepada Allah,bahawa Allah menentukan segalanya,yakinlah.
 Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak,penyakit yang menimpa,masalah anak,isteri,jiran,masalah kerja,dan berbagai,maka dia bersedih dan tertekan jiwa.Mengapa harus bersedih?Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.Masalah yang terbesar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan.Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.Apakah masalah yang lebih besar di dunia ini selain dari berdepan dengan hasutan syaitan?syaitan yang selalu mengajak kita untuk melakukan kejahatan dan maksiat,itu masalah besar,sebab itu mujahadatun nafs-melawan nafsu,melawan syaitan dan iblis,itu adalah asas perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
  Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa dan akal kita,juga peribadi kita,Akhirnya orang yang sudah melalui banyak masalah,dia menjadi manusia yang tenang,kerana dia merasa lapang dada dengan segala penyeleaian yang dihadapi.Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah.Kita setakat berusaha,Allah jua yang menentukan.
8. Sedih Kerana Kesalahan.
Adakah anda pernah dilanda kesedihan,kegelisahan,akibat dosa?Ya dosa.Kita melakukan kesalahan,Tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan.                                                                

''Setiap Bani Adam melakukan kesalahan,dan yang terbaik antara mereka ialah yang mahu bertaubat''

Terkadang kesalahan kita itu terlalu mengcengkam perasaan kita.Akhirnya kita bersedih.Ada orang begitu murung,sedih kerana kesalahan yang menghantui fikirannya.Dia melakukan dosa kepada ibubapanya,adik-beradiknyadengan gurunya,mungkin kepada jiran dan sahabatnya.Adakah ada dosa yang lebih besar selain dosa kita kepada Allah,Rabbul jalil?
Tapi mengapa harus bersedih?Bukankah Allah Maha Penyayang?Bukankah Allah ghafuur?Bukankah Allah Ghaffaar?Bukankah Allah tauwaab?Allah Maha pengampun,Maha menerima taubat.Berlapang dada kepada Allah SWT.Ya benar kita buat dosa,kita buat salah,tapi Allah sentiasa menanti kehadiran kita,untuk menerima taubat kita.
 Saudara,dengarlah seruan Allah!Allah menyeru kita yang berdosa ini:"wahai hambaKu,wahai manusia,bertaubatlah.Wahai orang beriman,bertaubatlah.''Allah mengajak kita untuk bertaubat.Apakah tidak terdetik di hati kita untuk menyahut seruan Allah?Marilah kita sahut seruan taubat.
9. Dosa Adalah Beban
Setelah kita meluahkan hati kita kepada Allah,setelah kita melepaskan segala yang terbuku di hati kepada Allah,kita terasa lega,lapang,seolah-olah beban yang kita pikul selama ini terlepas.Dosa adalah beban,dan bila kita bertaubat kepada Allahbeban itu terlepas daripada kita.Itulah nikmatnya bertaubat.






   Bermaksud:''Segeralah mendapatkan keampunan tuhanmu,seluas langit dan bumi,disediakan untuk  orang-orang yang bertakwa.(siapakah orang yang bertakwa itu)mereka yang membelanjakan hartanya di jalan Allah,orang yang menahan marah,orang yamg memaaf.dan Allah suka kepada oarng-orang yang melakukan kebaikan.

         (Siapa pula orang yang melakukan kebaikan?siapa golongan muhsinin)"Ialah mereka yang bila
          melakukan kesalahan,mereka ingat kepada Allah.Bila mereka menzalimi diri mereka,(Bila
          mereka menganiaya diri mereka dengan dosa)mereka segera ingat kepada Allah,dan mereka
          mohon ampun kepada Allah.

      



                   (Kemudian Allah bertanya),siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah?
                   (Siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah?tiada siapa lagi yang 
                    mengampunkan dosa,selain Allah)dan mereka tidak kekal dalam dosa walhal
                    mereka mengetahui.(Surah Ali-Imran 133-135)    
Kesedihan akan hilang apabila kita telah memohon ampun kepada Allah SWT.Namun yang tinggal ialah keresahan,kerisauan,apakah kita boleh kekal dalam iman,boleh kekal dalam islam,dan kekal dalam melakukan amal-amal kebajikan.Kita harus sedih,kita harus dukacita apabila kita tidak dapat mempertahankan keimanan kita.Rasullullah SAW bersabda:"Di akhir zaman nanti ada orang yang beriman di waktu pagi namun kufur di waktu petang,dan ada orang beriman di waktu petang tetapi kufur di waktu pagi.
Maka,tergamakkah kita untuk masuk golongan tersebut?
Kalau kita ingin bersedih,bersedihlah jika kita kehilangan iman.Iman itu mutiara.dan amat berharga.Iman adalah hidup kita.Tanpa iman,di mana letaknya kita sebagai hamba Allah?berapa lama kita ingin hidup di dunia ini?100 tahun?200 tahun?Ataupun 1000 tahun?Tidak mungkin.Kita datang dari Allah,kita akan kembali kepada Allah."Kullu nafsin zaa iqatul maut".(setiap yang bernyawa pasti akan mati).
Dan apabila kita mati ,apa nasib kita bertemu dengan Allah SWT?''wal tandzur nafsun maa qaddamat li ghad'' (setiap jiwa melihat apa persiapan untuk esok)
Esok ialah hari bertemu dengan Allah.Esok apabila jasad kita diletak dlam liang lahad.Tua atau muda tetap akan masuk ke dalam liang lahad nanti.tiada siapa yang kekal di dunia ini.persiaplah bekal untuk esok,dan kita harus bersedih sekiranya bekal itu belum kita siapkan.Kita khuatir dalam kita mengejar dunia ini,harta,pangkat,kemasyuran,kenikmatan,keseronokan dan apa pun yang saudara cari,kita lupa mempersiap bekal untuk kita berpindah ke alam barzah.Apa nasib kita?Asyaqiyyum am sa'iid?apakah kita derita atau gembira?


        




Friday, January 28, 2011

Berhentilah menjadi gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.
“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab murid muda.
Sang Guru tertawa. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air masin.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”
“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Wednesday, January 19, 2011

Kisah Nabi Isa a.s dan seorang lelaki.

     Dirawikan dari Jarir dari Lalits,dia berkata,''Ada seorang lelaki menemani Nabi Isa a.s,dia berkata,''Ingin aku menemanimu dan bersamamu selalu.''Keduanya lalu berjalan hingga ke tengah sungai.Mereka pun duduk dan makan,di mana mereka membawa tiga potong roti.Setelah mereka makan dua potong roti dan masih tinggal sepotong lagi.Nabi Isa a.s telah pergi ke sungai untuk meminum airdan kembali lagi.Tetapi dia dapati sepotong roti lagi telah tiada.Dia berkata kepada lelaki yang menyertainya,''siapa yang mengambil roti  tadi?''Jawab lelaki itu,''aku tidak tahu.''Lalu mereka pun memulakan perjalanan,kemudia Nabi Isa a.s melihat seekor kijang,maka ditangkap dan disembelih,lalu dipanggang kijang tersebut dan dimakan oleh Nabi Isa a.s dan lelaki tersebut.Setelah itu Nabi Isa a.s berkata kepada tulang kijang,''Berdirilah dengan izin Allah s.w.t!''Maka tulang-tulang itu pun berdiri sebagai kijang dan pergi. Maka Nabi Isa pun berkata,''demi Zat yang telah memperlihatkan    ayat(tanda) ini kepadamu,kutanya kau,siapakah yang mengambil roti tadi?''lelaki itu berkata,''aku tidak tahu.''
     Mereka meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah sungai(Begawan),Nabi Isa a.s memimpin tangan lelaki itu dan keduanya berjalan di atas air.Ketika telah melaluinya,Nabi Isa a.s berkata lagi,''Demi Zat yang telah memperlihatkan ayat (tanda) ini kepadamu,kutanya enkau siapakah yang mengambil roti tadi?''lelaki itu menjawab,''aku tidak tahu."
     Lalu keduanya terus berjalan,sampai pula di padang pasir dan keduanya duduk.Kemudian,Nabi Isa a.s mengambil debu dan pasir sambil berkata,''Jadilah enkau sebagai emas dengan izin Allah s.w.t.''.Dan ternyata debu dan pasir itu menjadi emas,maka Nabi Isa a.s membahagikan menjadi tiga bahagian dan berkata,''sebahagian untukku,sebahagian lagi untukmu dan sebahagian lagi ini untuk yang mengambil roti tadi.''Dengan tiba-tiba,lelaki itu berkata,''Aku yang mengambil roti tadi.''setelah itu,Nabi Isa a.s berkata,''semua emas ini untukmu,''dan terus meninggalkan lelaki tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

Tidak menyimpan perasaan hasad dengki,benci,dendam kepada sesiapa hamba Allah s.w.t

     Tatkala Rasulullah s.a.w duduk dalam satu majlis,tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwuduk,janggutnya masih menitiskan air,sementara kasutnya berada pada tangan kirinya.Sebelum dia masuk,Rasulullah s.a.w bersabda,''nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk dari penghuni syurga kepada kalian.''Lalu masuklah lelaki ini,lalu dia melakukan solat sunat dua rakaat.
     Pada hari kedua,Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu juga,''nanti akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian.''Maka lelaki yang sama itu pun masuk.
     Pada hari ketiga,Rasulullah s.a.w mengulangi lagi apa yang dicakapnya itu,Maka Abdullah bin Umar r.a pun pergi bersamanya hendak melihat amal ibadatnya.Setelah dia teliti dan diperhatikan,dia tidak melihat lelaki tersebut melakukan puasa sunat ataupun melakukan Qiamullai.
     Maka Abdullah bin Umar r.a pun merasa hairan,dia pun bertanya kepadanya,''Apakah sebenarnya yang anda lakukan?Kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,''Nanti dari pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kami,''sebanyak tiga kali dalam tiga hari berturut-turut dan orang itu adalah anda.''Maka dia pun menjawab,''Beginilah ibadatku,beginilah solatku,beginilah puasaku,dan beginilah qiamullaiku,akan tetapi saya memperhatikan anda ini menanyaiku secara terus.Demi Allah,sesungguhnya pada setiap malam,ketika saya tidur,di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki,benci,dan pengkhianatan kepada salah seorang pun daripada kaum muslimin.

Tuesday, January 11, 2011

Mencintai orang yang menghidupkan sunnah rasullullah s.a.w

     Demi Allah s.w.t,sesungguhnya orang yang mencintai Allah,akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya.Jadi harus ada perbeaan dalam berwala'(ketaatan) dan bara'(berlepas diri)
     Imam Ahmad bin Hanbal berkata,''Sesungguhnya aku sangat seronok dan gembira melihat orang tua yang janggutnya sangat lebat,kerana dia telah menghidupkan dan mengamalkan sunnah Rasullullah s.a.w.''
     Sesungguhnya kami sangat takjub kepadamu,wahai Abu Abdullah (panggilan Imam Ahmad bin Hanbal) ,kamu mencintai seseorang itu,hanya kerana dia telah menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.