Saturday, December 25, 2010

OFF DAY KU.

Hari off day ku,tak tahu nak buat apa.Malam tadi duty,main game,sangat membosankan.tidur pada pukul 1.30 a.m,pukul 6.00 a.m bangun untuk sembahyang subuh dan menyambung tidur semula,dalam keadaan aircond yang amat sejuk.Pukul 6.30 a.m dikejutkan dengan panggilan telefon,kawan menjawab panggilan,yang datangnya dari Tuan Mat Parang Tumpul yang sedang belayar di laut dan telah berjaya membuat tangkapan bot nelayan Vietnam.seorang Crew kapal nelayan tersebut telah mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital Miri.Telefon sana telefon sini,kes vietnam ni berjaya di settlekn dan tahanan vietnam ditahan di pejabat Maritim buat sementara waktu untuk dihantar pula ke penjara lambir.
Aku serah tugas kepada Liow,yang akan duty sampai pagi esok...kah..kah..kah..seronok dapat off,tapi yang tak seronoknya dapat off pada hari sabtu yang memang dah cuti pun.Aku pulang ke rumah pukul 9.00 lebih,sampai ke rumah,perut pula terasa lapar.Naik kereta merc aku pergi Merdeka Mall,jalan-jalan kat dalam tengok-tengok barang yang mahu dibeli,tapi satu pun tiada yang berkenan dan rasa mahu nak beli,balikla dengan tangan kosong.
Sampai rumah aku beli roti je dekat kedai runcit berdekatan rumah aku tu.makanlah roti tu,rasa dah kenyang sekejap,mata pn dah mengantuk,tertido lak aku.Sedar waktu sudah pukul 3.20,bangun ,mandi,dan solat asar.jadi aku tak tau nak buat ape maka tulah yang datang idea nak buat blog ni...wakakaka.

No comments:

Post a Comment