Thursday, December 30, 2010

Muhammad Bin Wasi seorang ahli zuhud.

       Kita mungkin tidah pernah mendengar tentang Muhammad bin wasi seorang ahli zuhud di zamannya,tatkala dia berada dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah ''lailahaillallah'' di bahagian timur negara islam saat itu.
       Maka pada suatu kesempatan,Qutaibah hendak menguji Muhammad bin Wasi ini dihadapan para panglima dan menteri,maka Qutaibah berkata pada para panglima dan menterinya,sementara di tangannya terdapat segenggam emas yang dia perolehi daripada hasil ghanimah perang daripada musuh-musuh islam.Lalu dia pun berkata kepada mereka,''adakah tuan-tuan percaya bahawa kalau saya menyerahkan segenggam emas ini kepada seseorang,lalu dia akan menolaknya?''.Mereka menjawab,''kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang menolak (zuhud) terhadap segenggam emas ini.''
        Maka dia berkata,''baiklah,saya akan memperlihatkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad s.a.w yang menyamakan emas dengan tanah kepada tuan-tuan.Maka diapun berkata kepada para perajuritnya,''panggillah Muhammad bin Wasi untuk menghadapku.''
        Lalu para perajurit itu menghampiri Muhammad bin Wasi untuk mereka hadapkan kepada Qutaibah bin Muslim ,maka seketika mereka melihatnya bertasbih dan beristighfar,serta memuji Allah s.w.t seraya memohon untuk kemenangan kaum muslimin.
        Tatkala dia menghadap,Qutaibah pun memberikan segenggam emas itu kepadanya,maka dia pun mengambil emas itu daripada Qutaibah.Maka terkejutlah Qutaibah kerana dia beranggapan bahawa Muhammad bin Wasi akan menolak pemberiannya.Seketika itu juga,wajah Qutaibah pun berubah di hadapan para panglima dan menterinya.Lalu Muhammad bin Wasi keluarlah daripada majlis tersebut dengan membawa emas tersebut,tetapi Qutaibah memerintahkan perajurit mengawasinya kemana dia akan membawa emas tersebut,lalu Qutaibah berkata,''Ya Allah,janganlah kamu sia-siakan hasratku kepadanya.''
        Muhammad bin Wasi terus membawa emas tersebut,sampai dia bertemu dengan seorang miskin yang meminta-minta,maka dia pun memberikan semua pemberian Qutaibah itu kepadanya.
        Setelah perajurit melihat peristiwa tersebut,dia pun pulang memberitahu perkara tersebut kepada Qutaibah,maka berkatalah Qutaibah kepada orang di sekelilingnya,''Bukankah aku sudah mengatakan kepada kalian bahawa masih ada hamba Allah daipada umat nabi Muhammad s.a.w yang menyamakan emas dengan tanah.''





      

Sunday, December 26, 2010

Al-quran menjadi teman sejati para sahabat Radhiallahu anhum.

      Sesungguhnya Al-quran menjadi teman sejati bagi para sehabat radhiallahu anhum,sekiranya jika kamu masuk ke dalam salah seorang rumah para sahabat daripada kaum Muhajirin atau kaum Ansar,kamu akan mendapati Al-quran tergantung di dalam rumah mereka dan di sebelahnya kamu mendapati pedang yang tergantung.Pedang berfungsi untuk membuka negeri dan Al-quran berfungsi untuk membuka hati.
      Oleh kerana itu,dalam sebuah hadith yang diriwayatkan olah Abu Musa Al-Asy'ari Radiallahuanhu,bahawa Rasullullah s.a.w pernah mendengar bacaan Al-quran daripada Abu Musa Al-Asy'ari di malam hari.Beliau termasuk pemilik suara yang begitu indah.
       Maka rasullullah s.a.w keluar dari rumahnya dan menyandarkan tubuhnya pada dinding masjid Nabawi .Masjid baginda s.a.w itu dekat dengan rumahnya,lalu baginda s.a.w terus mendengar bacaan Abu Musa Al-Asy'ari yang masih asyik dengan membaca Al-quran.
        Di pagi harinya,Nabi s.a.w berkata kepada Abu Musa r.a, ''sungguh kamu telah dikurniai Allah slah satu daripada seruling keluarga Nabi Daud a.s.
        Dia pun berkata,''wahai rasullullah,apakah anda benar-benar mendengar saya membaca Al-quran?Nabi s.a.w menjawab,''Ya betul demi Allah''.Abu Musa pun berkata,''Demi Allah,yang jiwaku dalam gengamannya,kalau saya mengetahui bahawa anda mendengar saya membaca Al-Quran,maka saya akan menghias dan memperindah suaruku untukmu''.(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi,Ibnu Hibban,Al-Hakim,dan Abu Yala dalam Musnadnya)

Saturday, December 25, 2010

rasullulah s.a.w sentiasa memposisikan darjat manusia sesuai dengan kadar kedekatan dan interaksi mereka dengan Al-quran,dan baginda s.a.w juga memuliakan dan menghargai mereka sesuai dengan kadar hafazan mereka terhadap Alquran dan kadar bacaan dan telaah mereka terhadap isi kandungan Alquran yang mulia ini.
Anas bin Malik Radiallahuanhu berkata :'' suatu ketika Nabi s.a.w mengirimkan pasukan tentera untuk berperang di jalan Allah.
Maka Nabi s.a.w bertanya kepada mereka :''siapakah diantara kalian yang telah menghafaz Alquran(seluruhnya)?''Mereka semua diam.Baginda s.a.w bertanya lagi''adakah diantara kalian yang telah menghafaz beberapa surah daripada Alquran''?Salah seorang daripada mereka menjawab''saya wahai Rasullullah,''baginda bertanya lagi, "apa yang sudah kamu hafaz?Dia menjawab,''saya sudah menhafaz surah Al-Baqarah.''Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya,Kalau begitu,berangkatlah dan kamulah yang akan menjadi pemimpin mereka semua.

BEBERAPA ETIKA DALAM BERDOA

1. Diantara etika dalam berdoa,iaitu beroda kepada allah s.w.t dengan nama-namanya yang indah.Allah s.w.t telah memilih nama-nama yang indah bagi dirinya spt:AlHakim(yang Maha Bijaksana),AlKarim(yang Maha Mulia)AlAlim.
2. Diantara etika berdoa,iaitu bersungguh-sungguh dalam berdoa.Maka kamu jangan mengatakan ''Saya sudah banyak kali berdoa ,tetapi tidak dikabulkan''.sepatutnya kamu mesti terus-menerus berdoa kepada allah.
3. Diantara etika dalam berdoa juga,iaitu tidak berlebih-lebih dalam berdoa,kerana hal itu menyalahi syariat.
4. Dan diantara etika dalam berdoa juga,iaitu memilih untuk mendapatkan waktu-waktu yang paling utama.Waktu berdoa yang paling utama adalah ketika sahur.Maha suci Alah yang menjadikan waktu sahur sebagai waktu yang paling utama.sujud juga merupaakan waktu dan kesempatan yang sangat baik untuk berdoa.manakala waktu utama juga iaitu waktu petang pada hari jumaat,yakni setelah solat asar sehingga waktu maghrib pada hari jumaat.termasuk dalam waktu utama ialah pada hari Arafah.
5. Diantara etika berdoa juga iaitu meninggalkan kalimah bersajak dan membebankan dalam berdoa,hendaklah doa itu tidak terlalu membebani dan mesti keluar daripada hati secara langsung,tanpa suara parau dan berlebihan.
6. Etika berdoa juga,berdoa dengan doa yang singkat dan penuh makna.Rasullullah s.a.w sentiasa mencari-cari doa yang singkat dan penuh makna dalam doa-doa baginda.
7. Dan etika berdoa juga iaitu sentiasa menggunakan suara yang lembut dan perlahan.

OFF DAY KU.

Hari off day ku,tak tahu nak buat apa.Malam tadi duty,main game,sangat membosankan.tidur pada pukul 1.30 a.m,pukul 6.00 a.m bangun untuk sembahyang subuh dan menyambung tidur semula,dalam keadaan aircond yang amat sejuk.Pukul 6.30 a.m dikejutkan dengan panggilan telefon,kawan menjawab panggilan,yang datangnya dari Tuan Mat Parang Tumpul yang sedang belayar di laut dan telah berjaya membuat tangkapan bot nelayan Vietnam.seorang Crew kapal nelayan tersebut telah mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital Miri.Telefon sana telefon sini,kes vietnam ni berjaya di settlekn dan tahanan vietnam ditahan di pejabat Maritim buat sementara waktu untuk dihantar pula ke penjara lambir.
Aku serah tugas kepada Liow,yang akan duty sampai pagi esok...kah..kah..kah..seronok dapat off,tapi yang tak seronoknya dapat off pada hari sabtu yang memang dah cuti pun.Aku pulang ke rumah pukul 9.00 lebih,sampai ke rumah,perut pula terasa lapar.Naik kereta merc aku pergi Merdeka Mall,jalan-jalan kat dalam tengok-tengok barang yang mahu dibeli,tapi satu pun tiada yang berkenan dan rasa mahu nak beli,balikla dengan tangan kosong.
Sampai rumah aku beli roti je dekat kedai runcit berdekatan rumah aku tu.makanlah roti tu,rasa dah kenyang sekejap,mata pn dah mengantuk,tertido lak aku.Sedar waktu sudah pukul 3.20,bangun ,mandi,dan solat asar.jadi aku tak tau nak buat ape maka tulah yang datang idea nak buat blog ni...wakakaka.