Sunday, December 26, 2010

Al-quran menjadi teman sejati para sahabat Radhiallahu anhum.

      Sesungguhnya Al-quran menjadi teman sejati bagi para sehabat radhiallahu anhum,sekiranya jika kamu masuk ke dalam salah seorang rumah para sahabat daripada kaum Muhajirin atau kaum Ansar,kamu akan mendapati Al-quran tergantung di dalam rumah mereka dan di sebelahnya kamu mendapati pedang yang tergantung.Pedang berfungsi untuk membuka negeri dan Al-quran berfungsi untuk membuka hati.
      Oleh kerana itu,dalam sebuah hadith yang diriwayatkan olah Abu Musa Al-Asy'ari Radiallahuanhu,bahawa Rasullullah s.a.w pernah mendengar bacaan Al-quran daripada Abu Musa Al-Asy'ari di malam hari.Beliau termasuk pemilik suara yang begitu indah.
       Maka rasullullah s.a.w keluar dari rumahnya dan menyandarkan tubuhnya pada dinding masjid Nabawi .Masjid baginda s.a.w itu dekat dengan rumahnya,lalu baginda s.a.w terus mendengar bacaan Abu Musa Al-Asy'ari yang masih asyik dengan membaca Al-quran.
        Di pagi harinya,Nabi s.a.w berkata kepada Abu Musa r.a, ''sungguh kamu telah dikurniai Allah slah satu daripada seruling keluarga Nabi Daud a.s.
        Dia pun berkata,''wahai rasullullah,apakah anda benar-benar mendengar saya membaca Al-quran?Nabi s.a.w menjawab,''Ya betul demi Allah''.Abu Musa pun berkata,''Demi Allah,yang jiwaku dalam gengamannya,kalau saya mengetahui bahawa anda mendengar saya membaca Al-Quran,maka saya akan menghias dan memperindah suaruku untukmu''.(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi,Ibnu Hibban,Al-Hakim,dan Abu Yala dalam Musnadnya)

No comments:

Post a Comment