Saturday, December 25, 2010

BEBERAPA ETIKA DALAM BERDOA

1. Diantara etika dalam berdoa,iaitu beroda kepada allah s.w.t dengan nama-namanya yang indah.Allah s.w.t telah memilih nama-nama yang indah bagi dirinya spt:AlHakim(yang Maha Bijaksana),AlKarim(yang Maha Mulia)AlAlim.
2. Diantara etika berdoa,iaitu bersungguh-sungguh dalam berdoa.Maka kamu jangan mengatakan ''Saya sudah banyak kali berdoa ,tetapi tidak dikabulkan''.sepatutnya kamu mesti terus-menerus berdoa kepada allah.
3. Diantara etika dalam berdoa juga,iaitu tidak berlebih-lebih dalam berdoa,kerana hal itu menyalahi syariat.
4. Dan diantara etika dalam berdoa juga,iaitu memilih untuk mendapatkan waktu-waktu yang paling utama.Waktu berdoa yang paling utama adalah ketika sahur.Maha suci Alah yang menjadikan waktu sahur sebagai waktu yang paling utama.sujud juga merupaakan waktu dan kesempatan yang sangat baik untuk berdoa.manakala waktu utama juga iaitu waktu petang pada hari jumaat,yakni setelah solat asar sehingga waktu maghrib pada hari jumaat.termasuk dalam waktu utama ialah pada hari Arafah.
5. Diantara etika berdoa juga iaitu meninggalkan kalimah bersajak dan membebankan dalam berdoa,hendaklah doa itu tidak terlalu membebani dan mesti keluar daripada hati secara langsung,tanpa suara parau dan berlebihan.
6. Etika berdoa juga,berdoa dengan doa yang singkat dan penuh makna.Rasullullah s.a.w sentiasa mencari-cari doa yang singkat dan penuh makna dalam doa-doa baginda.
7. Dan etika berdoa juga iaitu sentiasa menggunakan suara yang lembut dan perlahan.

No comments:

Post a Comment