Friday, January 28, 2011

Berhentilah menjadi gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.
“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab murid muda.
Sang Guru tertawa. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air masin.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”
“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Wednesday, January 19, 2011

Kisah Nabi Isa a.s dan seorang lelaki.

     Dirawikan dari Jarir dari Lalits,dia berkata,''Ada seorang lelaki menemani Nabi Isa a.s,dia berkata,''Ingin aku menemanimu dan bersamamu selalu.''Keduanya lalu berjalan hingga ke tengah sungai.Mereka pun duduk dan makan,di mana mereka membawa tiga potong roti.Setelah mereka makan dua potong roti dan masih tinggal sepotong lagi.Nabi Isa a.s telah pergi ke sungai untuk meminum airdan kembali lagi.Tetapi dia dapati sepotong roti lagi telah tiada.Dia berkata kepada lelaki yang menyertainya,''siapa yang mengambil roti  tadi?''Jawab lelaki itu,''aku tidak tahu.''Lalu mereka pun memulakan perjalanan,kemudia Nabi Isa a.s melihat seekor kijang,maka ditangkap dan disembelih,lalu dipanggang kijang tersebut dan dimakan oleh Nabi Isa a.s dan lelaki tersebut.Setelah itu Nabi Isa a.s berkata kepada tulang kijang,''Berdirilah dengan izin Allah s.w.t!''Maka tulang-tulang itu pun berdiri sebagai kijang dan pergi. Maka Nabi Isa pun berkata,''demi Zat yang telah memperlihatkan    ayat(tanda) ini kepadamu,kutanya kau,siapakah yang mengambil roti tadi?''lelaki itu berkata,''aku tidak tahu.''
     Mereka meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah sungai(Begawan),Nabi Isa a.s memimpin tangan lelaki itu dan keduanya berjalan di atas air.Ketika telah melaluinya,Nabi Isa a.s berkata lagi,''Demi Zat yang telah memperlihatkan ayat (tanda) ini kepadamu,kutanya enkau siapakah yang mengambil roti tadi?''lelaki itu menjawab,''aku tidak tahu."
     Lalu keduanya terus berjalan,sampai pula di padang pasir dan keduanya duduk.Kemudian,Nabi Isa a.s mengambil debu dan pasir sambil berkata,''Jadilah enkau sebagai emas dengan izin Allah s.w.t.''.Dan ternyata debu dan pasir itu menjadi emas,maka Nabi Isa a.s membahagikan menjadi tiga bahagian dan berkata,''sebahagian untukku,sebahagian lagi untukmu dan sebahagian lagi ini untuk yang mengambil roti tadi.''Dengan tiba-tiba,lelaki itu berkata,''Aku yang mengambil roti tadi.''setelah itu,Nabi Isa a.s berkata,''semua emas ini untukmu,''dan terus meninggalkan lelaki tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

Tidak menyimpan perasaan hasad dengki,benci,dendam kepada sesiapa hamba Allah s.w.t

     Tatkala Rasulullah s.a.w duduk dalam satu majlis,tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwuduk,janggutnya masih menitiskan air,sementara kasutnya berada pada tangan kirinya.Sebelum dia masuk,Rasulullah s.a.w bersabda,''nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk dari penghuni syurga kepada kalian.''Lalu masuklah lelaki ini,lalu dia melakukan solat sunat dua rakaat.
     Pada hari kedua,Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu juga,''nanti akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian.''Maka lelaki yang sama itu pun masuk.
     Pada hari ketiga,Rasulullah s.a.w mengulangi lagi apa yang dicakapnya itu,Maka Abdullah bin Umar r.a pun pergi bersamanya hendak melihat amal ibadatnya.Setelah dia teliti dan diperhatikan,dia tidak melihat lelaki tersebut melakukan puasa sunat ataupun melakukan Qiamullai.
     Maka Abdullah bin Umar r.a pun merasa hairan,dia pun bertanya kepadanya,''Apakah sebenarnya yang anda lakukan?Kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,''Nanti dari pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kami,''sebanyak tiga kali dalam tiga hari berturut-turut dan orang itu adalah anda.''Maka dia pun menjawab,''Beginilah ibadatku,beginilah solatku,beginilah puasaku,dan beginilah qiamullaiku,akan tetapi saya memperhatikan anda ini menanyaiku secara terus.Demi Allah,sesungguhnya pada setiap malam,ketika saya tidur,di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki,benci,dan pengkhianatan kepada salah seorang pun daripada kaum muslimin.

Tuesday, January 11, 2011

Mencintai orang yang menghidupkan sunnah rasullullah s.a.w

     Demi Allah s.w.t,sesungguhnya orang yang mencintai Allah,akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya.Jadi harus ada perbeaan dalam berwala'(ketaatan) dan bara'(berlepas diri)
     Imam Ahmad bin Hanbal berkata,''Sesungguhnya aku sangat seronok dan gembira melihat orang tua yang janggutnya sangat lebat,kerana dia telah menghidupkan dan mengamalkan sunnah Rasullullah s.a.w.''
     Sesungguhnya kami sangat takjub kepadamu,wahai Abu Abdullah (panggilan Imam Ahmad bin Hanbal) ,kamu mencintai seseorang itu,hanya kerana dia telah menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kisah Imam syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal

     Imam Asy-Syafie bin Idris seringkali mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal,kerana mereka berdua saling mencintai kerana Allah S.w.t.
     Suatu ketika Imam Syafie ditanya,''Wahai tuan guru,bagaimana mungkin tuan guru mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal,sementara dia lebih muda daripada tuan guru?''.Mereka mengatakan Ahmad bin Hanbal mengunjungiku dan aku juga mengunjunginya,Maka Imam Syafie menjawab,aku katakan:''Keutamaan-keutamaan itu tidak pernah meninggalkan kedudukanku.Kalau dia mengunjungiku,maka itu kerana keutamaannya dan kalau aku mengunjunginya,itu juga kerana keutamaannya,dalam dua kedudukan tersebut,keutamaan ada padanya.''
     Imam Syafie juga berkata,''Saya mencintai orang-orang soleh,sementara saya sedar bahawa,saya tidak termasuk dalam golongan mereka,mudah-mudahan dengan begitu saya memperoleh syafaat (pertolongan) kerana mereka.Dan saya sangat benci kepada orang yang perdagangannya (perbuatannya) selalu dalam kemaksiatan dan dosa,meskipun barang dagangan kami sangat buruk.''

Saturday, January 8, 2011

SUDAH SAMPAI SINI

    Bermusim,silih berganti bulan mentari,
Pejam celik tak terasa aku,
Sudah sampai sini,sudah sampai sini,
    Bergerak,berlagu hanyalah seketika,
Tinggal aku dalam kerugian,
Dia pasti pergi,
dia terus pergi,
Selagi terikat satu janji setia,
selagi itu tercatit kisah semua,
disana kepastian akan menanti kita,
di situ tanda tanya,di situ haluannya,
    Antara kau aku ada satu rahsia,
pasti terbongkar di tari yang tersedia,
tersenyum dan menangis satu antara dua.

Thursday, January 6, 2011

Kisah Gunug Uhud dan sebatang kayu yang merindui Rasullullah s.a.w

      Suatu ketika,Rasullullah s.a.w menoleh ke arah gunung Uhud lalu baginda bersabda : Uhud adalah gunung   yang mencintai kami dan kami pun mencintainya.(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abi Humaid dan juga Anas bin Malik).Maha Suci Allah,Ya Allah,sehingga gunung-gunung pun mencintai Rasullullah s.a.w
     Pada suatu hari,Rasullullah s.a.w berdiri di atas mimbar yang baru dibuat untuk menyampaikan khutbah,dan di sebelahnya ada sebatang kayu yang biasanya digunakan oleh Rasullullah s.a.w untuk berkhutbah.Maka batang kayu sangat rindu,seperti rindunya seekor unta betina yang bunting,tersangat rindu akan Rasullullah s.a.w kerana baginda tidak menggunakannya untuk berkhutbah.Lalu dia mengeluarkan suara hal keadaanya seperti suara anak-anak kecil yang menangis.
    Apabila Rasullullah s.a.w melihat akan hal itu,maka baginda pun turun dari mimbar baru dan meletakkan tangannya pada batang kayu tersebut dan menenangkannya sampai dia terdiam.(diriwayatkan dari Al-Bukhari,Ahmad dari Ibnu Umar dan dari Jabir bin Abdullah)
    

Kecintaan dan kerinduan para waliyullah terhadap Rasullullah s.a.w

                           Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (ketibaan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.(Al-Ahzab:21)
                      

      Imam Malik Bin Anas (semoga Allah merahmatinya),selalu mengajar kitab Al-Muwaththa di masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah.Ketika dia sedang asyik membaca kitab tersebut,tiba-tiba dia digigit oleh kala Jengking sebanyak 13 gigitan,akan tetapi,dia tetap tenang dan tidak berubah.
     Setelah Imam Malik selesai mengajar,dia melihat bekas gigitan Kala Jengking tersebut pada betisnya,lalu dia mengusapnya dengan zat anti toksin,lalu salah seorang muridnya berkata kepadanya,''Wahai tuan,mengapakah tidak memberhentikan pembicaraan tadi tatkala tuan digigit Kala Jengking tersebut?''Imam Malik pun menjawab,''Maha Suci Allah...Saya memberhentikan membaca hadith kekasihku Rasullullah s.a.w hanya kerana gigitan seekor Kala Jengking?''Cinta macam apakah ini?dan kerinduan seperti apakah ini?
     Manakala Said bin Musayyib pernah ditanya orang tentang satu hadith Rasullullah s.a.w sementara dia sedang sakit teruk,lalu dia berkata,''Tolong bantu aku untuk duduk,tidak layak aku menyebutkan hadith Rasullullah s.a.w sementara aku dalam keadaan baring.''
    
     

Tuesday, January 4, 2011

Penyair bersyair akan tanda-tanda kebesaran Allah S.w.t

        Berkata penyair tersebut:
''Tanyalah kepada doktor yang ditimpa kecelakaan:
  Wahai doktor yang tahu ilmu kedoktoran,siapakah yang telah mencelakakan mu?
  Tanyalah kepada orang sakit yang selamat dan sembuh
  setelah semua cara pengubatan tidak mampu menolongnya,siapakah yang menyembuhkan mu?
  Tanyalah kepada lebah,wahai burung-burung lebah:
  Siapakah yang menghiasimu dengan madumu?
  Jika kamu melihat ular besar mengeluarkan bisanya
  Tanyalah kepadanya,siapakah yang mengisi bisa itu kedalam dirimu?
  Tanyalah wahai ular,bagaimana engkau hidup
  sedangkan racun bisa memenuhi mulutmu?
  Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung dengan DzatNya
  Yang tidak seorang pun melainkan semua dariNya.''

Sunday, January 2, 2011

Qiyamullai sahabat Abdullah bin Umar r.a

      Hadith ini terdapat dalam hadith sahih bahawa,Abdullah bin Umar r.a berkata,''kalau salah seorang sahabat r.a bermimpi,dia akan menceritakannya kepada Rasullullah s.a.w,maka saya sangat berharap untk bermimpi,supaya saya boleh menceritakannya kepada Rasullullah s.a.w.''
      Abdullah mengatakan,''Sewaktu saya masih bujang dan belum berkeluarga,saya biasanya tidur di dalam masjid,suatu malam,saya telah bermimpi melihat ada dua orang lelaki mengambil kedua tanganku dan mereka berdua membawaku menuju perigi yang sedang direbus,saya memperhatikannya dengan penuh khusuk,lalu saya merasa ketakutan.Mereka berdua mengatakan kepadaku,''kamu jangan merasa takut.''Kemudian saya mengambil sehelai kain sutera,setiap kali saya menunjuk suatu tempat berdekatan dengan,'Raudhatul Khadhra'maka sehelai kain sutera itu akan terbang bersamaku.
      Di pagi harinya,saya memberitahu mimpi tersebut kepada adikku,Ummul Mukminin Hafshah binti Umar,isteri Rasullullah s.a.w,kemudian dia menceritakannya kepada Rasullullah s.a.w .Maka Nabi Muhammad s.a.w pun bersabda,''Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar,kalau sekiranya dia melakukan Qiyamullai.''
      Nafi,pembantu Abdullah bin Umar r.a berkata,''Setelah peristiwa itu,sedikit sekali tidur Abdullah bin Umar r.a di malam hari.''
      Kalau Abdullah bin Umar r.amelakukan solat malam,dia akan berkata,''Wahai Nafi,apakah fajar sudah terbit?''kalau pembantunya itu menjawab,''Belum..."maka dia akan terus melakukan solat malam(Qiyamullai) dan kalau dijawab,''Ya,sudah terbit..",maka dia akan segera melakukan solat witir satu rakaat,kemudian dia beranjak melakukan solat subuh. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)