Wednesday, January 12, 2011

Tidak menyimpan perasaan hasad dengki,benci,dendam kepada sesiapa hamba Allah s.w.t

     Tatkala Rasulullah s.a.w duduk dalam satu majlis,tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwuduk,janggutnya masih menitiskan air,sementara kasutnya berada pada tangan kirinya.Sebelum dia masuk,Rasulullah s.a.w bersabda,''nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk dari penghuni syurga kepada kalian.''Lalu masuklah lelaki ini,lalu dia melakukan solat sunat dua rakaat.
     Pada hari kedua,Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu juga,''nanti akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian.''Maka lelaki yang sama itu pun masuk.
     Pada hari ketiga,Rasulullah s.a.w mengulangi lagi apa yang dicakapnya itu,Maka Abdullah bin Umar r.a pun pergi bersamanya hendak melihat amal ibadatnya.Setelah dia teliti dan diperhatikan,dia tidak melihat lelaki tersebut melakukan puasa sunat ataupun melakukan Qiamullai.
     Maka Abdullah bin Umar r.a pun merasa hairan,dia pun bertanya kepadanya,''Apakah sebenarnya yang anda lakukan?Kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,''Nanti dari pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kami,''sebanyak tiga kali dalam tiga hari berturut-turut dan orang itu adalah anda.''Maka dia pun menjawab,''Beginilah ibadatku,beginilah solatku,beginilah puasaku,dan beginilah qiamullaiku,akan tetapi saya memperhatikan anda ini menanyaiku secara terus.Demi Allah,sesungguhnya pada setiap malam,ketika saya tidur,di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki,benci,dan pengkhianatan kepada salah seorang pun daripada kaum muslimin.

No comments:

Post a Comment