Tuesday, January 11, 2011

Kisah Imam syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal

     Imam Asy-Syafie bin Idris seringkali mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal,kerana mereka berdua saling mencintai kerana Allah S.w.t.
     Suatu ketika Imam Syafie ditanya,''Wahai tuan guru,bagaimana mungkin tuan guru mengunjungi Imam Ahmad bin Hanbal,sementara dia lebih muda daripada tuan guru?''.Mereka mengatakan Ahmad bin Hanbal mengunjungiku dan aku juga mengunjunginya,Maka Imam Syafie menjawab,aku katakan:''Keutamaan-keutamaan itu tidak pernah meninggalkan kedudukanku.Kalau dia mengunjungiku,maka itu kerana keutamaannya dan kalau aku mengunjunginya,itu juga kerana keutamaannya,dalam dua kedudukan tersebut,keutamaan ada padanya.''
     Imam Syafie juga berkata,''Saya mencintai orang-orang soleh,sementara saya sedar bahawa,saya tidak termasuk dalam golongan mereka,mudah-mudahan dengan begitu saya memperoleh syafaat (pertolongan) kerana mereka.Dan saya sangat benci kepada orang yang perdagangannya (perbuatannya) selalu dalam kemaksiatan dan dosa,meskipun barang dagangan kami sangat buruk.''

No comments:

Post a Comment