Thursday, January 6, 2011

Kisah Gunug Uhud dan sebatang kayu yang merindui Rasullullah s.a.w

      Suatu ketika,Rasullullah s.a.w menoleh ke arah gunung Uhud lalu baginda bersabda : Uhud adalah gunung   yang mencintai kami dan kami pun mencintainya.(hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abi Humaid dan juga Anas bin Malik).Maha Suci Allah,Ya Allah,sehingga gunung-gunung pun mencintai Rasullullah s.a.w
     Pada suatu hari,Rasullullah s.a.w berdiri di atas mimbar yang baru dibuat untuk menyampaikan khutbah,dan di sebelahnya ada sebatang kayu yang biasanya digunakan oleh Rasullullah s.a.w untuk berkhutbah.Maka batang kayu sangat rindu,seperti rindunya seekor unta betina yang bunting,tersangat rindu akan Rasullullah s.a.w kerana baginda tidak menggunakannya untuk berkhutbah.Lalu dia mengeluarkan suara hal keadaanya seperti suara anak-anak kecil yang menangis.
    Apabila Rasullullah s.a.w melihat akan hal itu,maka baginda pun turun dari mimbar baru dan meletakkan tangannya pada batang kayu tersebut dan menenangkannya sampai dia terdiam.(diriwayatkan dari Al-Bukhari,Ahmad dari Ibnu Umar dan dari Jabir bin Abdullah)
    

No comments:

Post a Comment